PI Miri ICT Explorace

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

PI Miri ICT Explorace adalah program anjuran PI Kg Lambir, Permyjaya dan Kg Luak. Tujuan program tersebut adalah untuk menguji tahap pengetahuan ICT mereka. Peserta dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. Mereka perlu melengkapkan tugasan ICT yang diberikan di setiap checkpoint dan perlu disempurnakan untuk mendapatkan markah yang tinggi.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah “Typing test”, untuk melihat kelancaran mereka menggunakan Microsoft Word, mencipta poster menggunakan barang kitar semula, crosswords dan tayangan video buli siber. Peserta dikehendaki untuk menonton video tersebut untuk mempelajari mengenai isu buli siber yang berlaku di sekeliling mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali